Jenis Jenis dan Kandungan Pantun
JENIS-JENIS & KANDUNGAN PANTUN
JENIS-JENIS PANTUN
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.
Pantun Dua Baris
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan merana.
Pantun Empat Baris
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.
Pantun Enam Baris
Apa didapat orang memburu,
Dapat rusa jantan betina,
Sedang bersembunyi di celah batu;
Bila mendapat bunga yang baru,
Bunga yang lama tiada berguna,
Adat dunia sudah begitu.
Bukan cempedak kami katakan,
Buah delima dalam pasu,
Pisau lipat baru diasah;
Bukankah telah kami katakan,
Pandang pertama cinta palsu,
Tiada dapat dibawa bersusah.
[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]
Pantun Lapan Baris
Rumpun rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungai;
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang nan usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksud rasa tak akan sampai.
[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]
Pantun Dua Belas Baris
Anak jintayu dari hulu,
Disambar ombak Laut Cina,
Dibawa terbang ke perahu,
Hinggap minum ke muara,
Anak ikan berkeliaran;
Kamilah tahu dari dahulu,
Adik jauhari bijaksana,
Membuhul tidak membeku,
Mengulas tidak mengesan,
Meratap langit dengan bicara,
Bumi tidak ketirisan.
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa Sutan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.
[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]
Pantun Berkait
Angsana berpucuk di atas batu,
Pucuk digangsa beribu-ribuan;
Ada bunga di naung batu,
Kuntumnya kaca tangkainya embun.
Pucuk digangsa beribu-ribuan,
Kembang diuca balik beroleh;
Kuntumnya kaca tangkainya embun,
Dipandang sahaja diambil tak boleh.
Kembang diuca balik beroleh,
Tambang garam di dalam sekoci;
Dipandang sahaja diambil tak boleh,
Bertambah geram di dalam hati.
KANDUNGAN PANTUN MELAYU
Pantun
merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada
dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama
dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam
ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris
dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun
terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian
pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi
pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat
maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat
pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Pembayang atau Sampiran
Pembayang
terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang
memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud.
Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait denganpembayang
pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
Maksud atau Isi
Maksud atau
isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun.
Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak
disampaikandalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun
biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap
baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap
baris yang sama bilangannya.
Suku Kata
Tiap-tiap
patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam
tiap-tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas
suku kata. Pantunyang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama
banyak.
Rima atau Bunyi
Rima ialah
bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap
barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap
rangkap pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan
rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang
terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.
Contoh Pantun yang baik :
Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/,
Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/ ti/ga/,
Han/cur/ ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/,
Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/.
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/- bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
Komentar
Posting Komentar